Ahad, 8 Mei 2011

AKTIVITI KOPERASI

Mesyuarat Ahli Lembaga bil 02/2011 pada 4hb Mei 2011 telah merancangkan beberapa aktiviti sebagai perkhidmatan yang akan dijalankan oleh Koperasi ini sebagaimana berikut;-
1. Tanaman Fertigasi tomato cherry atau rock mellon
2. Tanaman Herbaponic akar pokok pegaga
3. Tanaman Hydroponic sayur-sayuran
4. Pembungkusan barang kawalan ; minyak masak, tepung, gula, beras
5. Pasar Serbaneka An Nur Mart
6. Pusat Jagaan Orang Tua
7. Pusat Rawatan Hemodialisis
8. Pusat Cuci Kenderaan
9. Bengkel dan gerai peniaga kecil
10. Pengurusan Jenazah
11. Membekal alatulis, alatan sukan, memancing, PA, muzik tradisional, penyelengaraan, kebersihan dan mencuci bangunan.
Kertas kerja, lawatan, kursus dan perbincangan lanjut akan diadakan dari masa ke semasa dengan pihak-pihak tertentu untuk perniagaan sendiri atau secara usahasama.
Terima kasih atas kepercayaan anggota untuk Lembaga Koperasi berusaha menjadikan Koperasi ini terus maju dan mencapai matlamatnya demi kemenafaatan bersama.