Selasa, 5 April 2011

DAFTAR KEAHLIAN

Pendaftaran keanggotaan Koperasi An Nur Larkin Perdana Johor Bahru Berhad yang alamat operasinya di Masjid/Surau An Nur Taman Larkin Perdana, Jalan Larkin Perdana 3, 80350 Johor Bahru dengan fi daftar masuk RM 20.00 dan modal syernya ialah RM 50.00 seunit.
Jenis perniagaannya ialah perkhidmatan peruncitan, membersih kawasan, penyelenggaraan bangunan, pembekalan bahan-bahan, pembungkusan makanan, pengedaran makanan dan ubat-ubatan, pertanian, pengurusan mayat, pengangkutan dan lain-lain.
Pertanian pertigasi, tanaman herbaponik, tadika permata, jagaan warga emas, hemodialisis, kitaran sisa makanan dan pengurusan mayat adalah bidang awal yang sedang diusahakan.
Peluang sentiasa terbuka bagi yang mahu berusaha meningkatkan ekonomi dan taraf hidup. Dunia darul asbab. Ada usaha ada hasilnya. Insya Allah.